Sunday, February 6, 2011

Betapa Hinanya Orang Yang Tinggal Solat

Assalamualaikum..
Selamat petang kepada para pembaca...Alhamdulillah..Bersua lagi di slot ilmu yg seterusnya..Hari ni hari pertama bekerja selepas cuti...Sudah makan ke belum???Apa yg kita makan tadi??

Sebenarnya..Sebagai umat Islam..kita haruslah menjaga segala pemakanan kita..kerana apa...kerana setiap apa yang masuk ke dalam perut kita akn menjadi darah daging kita..Contohnya, jika kita makan dari sumber yang haram, maka haramla seluruh anggota badan kita..Jadi, apabila makanan tidak dijaga sumbernya...itulah yang menyebabkan pelbagai sifat mazmumah akan terzahir dari diri kita..rasa malas nak solat..malas nak membaca Al-Quran...suka melakukan maksiat...Astaghfirullahalazim...

Oleh itu, disini..Ana juga ingin berkongsi satu artikel yg menarik juga berkaitan dengan pemakanan..Mari baca dan sama-sama muhasabah diri...

Air Tangan orang tak solat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan
solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih
hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman
NabiMusa A. S.

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada
seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak
de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar),
"kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing
anjing hitam.

" Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri
si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila
dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah
nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat
yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat
Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak
payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..
Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar,
walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..
lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya,
pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan
menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..
lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah
minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum
air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi
menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg
meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu,
lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg
diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat,
sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah
dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu
baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka
makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada
muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau
meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan
akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi,
dsb..
anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan
yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2
gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..

tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita
ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti
canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg
tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia..
gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2
yg baik. beware apa yg kita makan... betapa
beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan
solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj,
sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui
Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda
berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) ,
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."
maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan
dan peliharalah org2 yg lemah di bawah
tanggunganmu."

jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi
zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan
yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak

~Wallahualam....

Awas apabila ingin KETAWA!

Assalamualaikum...bertemu kembali...Ana baru sampai kat rumah sewa kt Bangi ni..Alhamdulillah..4 hari mhabiskan waktu bersama keluarga ..so, esok da kene keje..InsyaAllah, semoga hari esok lebih baik dari hari ini..Semoga dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh dan yg paling penting, niatkan di hati sebelum ke ofis, kerja hanya kerana Allah Taala...Maka, setiap kerja yg kita lakukan adalah ibadah...InsyaAllah...:)

Alhamdulillah, petang tadi hadiri usrah lpas Asar kt KUIS..Td giliran Ana menyampaikan tazkirah bertajuk 'Solat Dhuha & kelebihannya'....Alhamdulillah, dptlah berkongsi dan menambahkan ilmu bersama-sama sahabat2 usrah yg disayangi..

Baiklah, Ana nk cite..td ana ade baca beberapa artikel2 yg bermanfaat kt internet ni..Ana tertarik kat suatu artikel ni..Iaitu..'AWAS APABILA KETAWA'...jadi, ana rasa ana ingin berkongsi bersama-sama anda ttg artikel ni..Mari merenung dan bermuhasabah diri...


AWAS APABILA KETAWA!!
Awas apabila ketawa...!

AHAHAHAHA.. KAH KAH KAH.. KEH KEH KEH.. WAKAKAKA... Kenapa kita ketawa? Kenapa kita harus ketawa? Mungkin disebabkan hati kita tergeletek menonton gelagat kumpulan Senario dalam filem terbaru mereka Lagi Lagi Senario. Seronok melihat aksi Saiful menebar roti canai, aksi Wahid menjadi pelayan, aksi Azlee dan Mazlan menjadi tauke warong atau mungkin hati kita tercuit melihat gelagat Wardina yang bersahaja dengan dilengkapi tudung kepala lagi? HEHEHEHEHE!

Membaca juga boleh membuatkan perut kita sakit asyik ketawa. Majalah lawak yang banyak di pasaran seperti Gila-gila, Ujang, Apo? dan lain-lain lagi menjadi pilihan remaja untuk menghiburkan hati yang lara dan duka. Walaupun lawak yang berbentuk tulisan dan ilustrasi mampu untuk membuat kita tidak kering gusi ketawa dan tersengih. AHAHAHAHAHAHA... lawaknya.. lawaknya!

Apabila kita berjalan-jalan untuk ke kuliah atau keluar untuk membeli barang, kita juga boleh ketawa apabila melihat gelagat arab yang sangat melucukan. Antaranya fenomena ataupun sikap arab yang orang melayu kita di Malaysia tidak mampu untuk melakukannya iaitu kencing berdiri di tepi jalan. Itu juga satu yang melucukan. Kadang-kadang pula bukan kita sahaja yang ketawa melihat perangai arab, arab juga ketawa melihat kita. Tidak tahu apa yang melucukan hati mereka. “HONGGA BONGGA!! HONGGA BONGGA!!

Kalau sahabat-sahabat biasa ke Jalan Chow Kit atau pasar-pasar malam di Malaysia pastinya sahabat-sahabat sering melihat gelagat si penjual ubat tenaga batin. Ramailah manusia yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin sedang ketawa mendengar ‘temberang’ si tukang ubat. Jadi dunia ini penuh dengan gelak ketawa manusia. Di sana sini semuanya ketawa kelucuan dan kegembiraan. Cuma kucing-kucing sahaja yang tidak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot).

Di dalam masjid pun ada yang boleh ketawa. Berbual-bual di beranda masjid sambil menghisap rokok, bersantai menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. Mereka ketawa terbahak-bahak. Ada sahaja perkara lucu untuk diceritakan. Sedang kita menghadap al-Quran pun orang boleh ketawa lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun ada orang ketawa. Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang-orang yang datang ziarah duduk bersembang-sembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh perkara yang lucu dan mencuit hati. Syaitan membisikkan “ketawalah kuat-kuat dan mengilai-ngilai lagi gamat!” KAH KAH KAH KIH KIH KIH KEH KEH KEH!!!

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Ada yang menangis apabila dimarah. Teringat zaman kanak-kanak dahulu. Menangis apabila dipukul oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Ada pula yang menangis kerana putus cinta. Kerana apa kita menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaitan mahu kita ketawa sepanjang masa. “Haa, itu kawanku,” kata syaitan. Ya, orang bebas ketawa girang gembira. Ketawa itu sungguh nikmat. “Lough is the best medicine”, Mat Saleh yang kata, kata seorang hamba Allah. KEKEKEKKEKEKEKE!!!
Kita tidak sedar bahawa ada yang sering memerhatikan kita apabila kita ketawa kegembiraan. Kita lupa bahawa betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah kita. Ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Tidak pernahkah kita ingin menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? Sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah..".

Baginda bersabda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

"Ketawa di dalam masjid itu menggelapkan suasana di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila? Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"

Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah Hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail : "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
[Riwayat Abdullah bin Abbas r.a.]
Tapi, remaja kini sibuk menjadikan artis-artis glamour sebagai idola mereka. Siti Nurhalizalah, Awielah, Erra Faziralah, Shah Rukh Khanlah, Kareena Kapoorlah si fulanlah sifulanahlah.

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa
dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak
berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus
tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad
melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui
batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal
dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang
satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan
suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana
akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak.
Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat
dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang
menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan
kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana
kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau
menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi
di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia
hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan
berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup
untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita
tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur".
Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum,
kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh
yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa
teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga
atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita
digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak
di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang
berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang.
Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw
pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya
melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang
banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis
di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ...
sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat
beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya.
Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup
bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda
"Barang siapa banyak
tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."
Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap
sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan
ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah
seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak
terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi
tanpa bersuara kuat. Para sahabat pernah berkata "Ketawa
segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."


Oleh itu, mari berfikir..Perlu ke untuk kita terus ketawa di dunia ini???Pastikah kita esok kita masih ada di dunia ini??pastikah kita bahawa Syurga sedang menanti kita?? Astaghfirullahalazim...

Jadi, marilah bersama-sama kita membuat perubahan diri agar kita tidak terus leka di dunia ini..elakkanlah diri dari menonton rancangan lawak jenaka yang langsung tidak memberi manfaat kpd diri dan agama kita..

Kita gantikan dengan sentiasa muhasabah diri..membaca Al-Quran dan mendalami maksudnya...Membaca kisah-kisah yang menginsafkan diri..Membaca artikel dan rujukan berkaitan Hari Kiamat, Azab Kubur, Azab Neraka...dll lagi...

sesungguhnya tiada apa yg bernilai di dunia ini..kita tidak layak utk bergembira dan gelak ketawa di atas muka bumi ini kerana kita tidak tahu dan tidak pasti lagi apa yg menanti kita di akhirat nanti...

Wallahualam....T__T

Friday, February 4, 2011

Kepentingan Solat Sunat kepada Muslimin


Assalamualaikum teman-teman dan sahabat-sahabat sekalian...Alhamdulillah..Hari ni..Ana ingin berbicara tentang kepentingan solat sunat..

Pada pendapat Ana, adalah tidak lengkap kehidupan kita jika solat fardhu tidak diserikan lagi dengan solat-solat sunat..Ia ibarat rumah kosong yang tiada perabot dan jalan raya yg tiada kenderaan..

Lagipun, dengan solat fardhu yg kita lakukan (kebanyakannya hanya sendirian), kita hanya peroleh 1 sahaja pahalanya setiap solat..(itupun jika solat kita sempurna mengikut syarat dan kusyuknya)..

Jadi, solat sunat ni ibarat penyeri lagi solat fardhu yg kita lakukan seharian..Ia umpama dapat menutup kecacatan dan ketidaksempurnaan solat fardhu yg kita lakukan seharian..InsyaAllah..

Sahabatku,
Allah SWT hanya mewajibkan kita solat 5 waktu sehari semalam...Tetapi, ingatkah kita dgn sejarah perintah solat dari Allah SWT kpd kita melalui Rasulullah SAW di dalam peristiwa Israk dan Mikraj??

Mari merenung kembali ringkasan peristiwa itu:

Peristiwa paling besar dan penting diterima Baginda SAW ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu. Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam.

Sebaik menerima perintah itu, tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi. Pada ketika itu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu. Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa berkata: “Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan umatmu ya Muhammad.”

Rasulullah SAW dan Jibril kembali menghadap Tuhan. Selepas dipohon keringanan itu, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali. Apabila berjumpa dengan Nabi Musa kembali, dia meminta Rasulullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi.

Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu saja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.

MasyaAllah!!!! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..DIA tidak mahu membebani hamba-hambaNya..

Jadi, kesimpulan yg boleh kita ambil di sini, solat sunat amatla penting utk kita lakukan seharian...InsyaAllah, ganjaran yg hebat akn menunggu kita di akhirat kelak jika kita menitikberatkan soal solat sunat ini..

Ia ibarat kita bekerja dgn bos kita..Bos kita meminta melakukan sesuatu tugas, tetapi kita membuat tugasan itu lebih dari apa yg bos kita minta..Kita membuatnya dgn hati yg ikhlas dan sungguh2..maka, bos kita akan menyayangi kita..dan kita akan menjadi pekerjanya yg disayangi..selain sering diberikan anugerah perkhidmatan cemerlang setiap tahun..Tetapi sahabat2ku, anugerah yg Allah berikan kpd kita lagi besar dari itu jika kita sering melakukan solat sunat sehari semalam dengan hati yg ikhlas dan kusyuk.....

Sahabat2ku yg disayangi..mari bersama membaca petikan hadis ini dan berfikir...

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari qiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada Malaikat-Nya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hamba-Ku, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hamba-Ku ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hamba-Ku itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.

MasyaAllah!!!!! Betapa Maha PenyayangNya Allah SWT...

Jadi, amatlah hina diri kita jika kita masih leka dgn kasih sayangNya..Kita langsung tidak menggunakan peluang yg diberikanNya..

Oleh itu, mari bersama-sama menggunakan peluang ini dan nafas yg masih diberikanNya dgn mengerjakan solat-solat sunat dlm setiap hari..sebelum kita terlambat...agar kita tidak menyesal di akhirat kelak..Nauzubillahiminzalik!!

Di sini, Ana ingin berkongsi beberapa solat sunat yang sgt besar hikmahnya..

2 rakaat sunat sebelum Subuh

Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha telah meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:“Dua rakaat sembahyang sunat Fajar (Subuh) itu lebih baik daripada dunia serta segala isinya.”. (Hadits riwayat Imam Muslim dan at-Tirmidzi)

4 rakaat sebelum Zohor dan 4 rakaat selepas Zohor

Ummu Habibah Radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallamtelah bersabda: Sesiapa yang memelihara (mengamalkan) sembahyang sunat empat rakaat sebelum sembahyang fardhu Zuhur dan empat rakaat selepasnya nescaya Allah akan mengharamkan untuknya api neraka.” (Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi)

4 rakaat sebelum Asar

Mudah-mudahan Allah akan merahmati orang yang mengerjakan sembahyang sunat sebelum sembahyang fardhu Asar sebanyak empat rakaat.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

Rasulullah s.a.w bersabda :“Sesiapa yang sembahyang sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (Tabrani) – tidak terbakar oleh api neraka.

2 Rakaat selepas Solat Maghrib.

Daripada Huzaifah r.a., rasulullah s.a.w. bersabda “Segeralah mengerjakan solah sunat sesudah Maghrib itu supaya dapat terangkat bersama amal solah Maghrib (Riwayat Al-Baihaqi)

4 rakaat selepas Isyak

Kata Anas r.a (Rasulullah saw bersabda) solah sunat 4 rakaat selepas fardhu Isya, seakan telah disamakan dengan malam Lailatul Qadar, demikian juga dari Siti Aisyah r.a yang dikeluarkan oleh Al Baihaqi (Khazinatul Asrar 1/27)

Sunat Rawatib yang digalakkan (12 rakaat)

Imam Muslim meriwayatkan daripada An-Nu‘man bin Salim Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda “Sesiapa yang bersembahyang dua belas rakaat dalam sehari secara tathawwu‘ (sembahyang sunat Rawatib), dibuatkan untuknya sebuah rumah dalam syurga.(Hadits riwayat Imam Muslim)

Sunat Dhuha

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Sesiapa yang mengerjakan (mengekalkan) sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Dari Abu Dzar, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
“Pada pagi hari setiap tulang (persendian) dari kalian akan dihitung sebagai sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, memerintahkan kebaikan (amar ma’ruf) dan melarang dari berbuat munkar (nahi munkar) adalah sedekah. Semua itu cukup dengan dua rakaat yang dilaksanakan di waktu Dhuha.”
[HR. Muslim, Abu Dawud dan riwayat Bukhari dari Abu Hurairah]

Dari Abu Hurairah, ia berkata: “Kekasihku Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat shalat Dhuha dan melaksanakan shalat witir sebelum tidur.”
[HR. Bukhari, Muslim, Turmuzi, Abu Dawud, Nasa’i, Ahmad dan Ad- Darami]

Dari Zaid bin Arqam, bahwa ia melihat orang-orang mengerjakan shalat Dhuha [pada waktu yang belum begitu siang], maka ia berkata: “Ingatlah, sesungguhnya mereka telah mengetahui bahwa shalat Dhuha pada selain saat-saat seperti itu adalah lebih utama, karena sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Shalatnya orang-orang yang kembali kepada ALLAH adalah pada waktu anak-anak onta sudah bangun dari pembaringannya karena tersengat panasnya matahari”.
[HR. Muslim]

Alangkah ruginya jika orang ramai tidak mengambil serius tentang waktu ini! Sesungguhnya, pada waktu inilah Allah memberikan peluang untuk membuka pintu rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Kalaukan manusia memberikan tawaran wang yang banyak secara percuma kita sangat sukakan, apatah lagi pemberian daripada Allah, penguasa seluruh alam, yang Maha Kaya dan Maha Pemurah. Tidakkah cukup untuk memberikan kita motivasi untuk mengejar pemberian-Nya?

Lebih-lebih lagi kepada para da'ie. Ada seorang rakan penulis mengibaratkan solat dhuha itu sebagai 'breakfast' kepada para da'ie. Begitulah besarnya rahmat daripada solat dhuha.

Sunat Tahajjud

Sabda Rasullah SAW: “Semua manusia akan dikumpulkan di hari Kiamat di satu tempat. Mereka akan mendengar satu seruan yang berbunyi: `Di manakah mereka yang meninggalkan tempat tidurnya dan menghabiskan malamnya dengan beribadah. Akan ada satu golongan yang bangkit dan masuk Syurga tanpa hisab.

Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; “hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” (Riwayat At-Tarmizi)

Kerjakanlah sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhu walaupun hanya sedikit rakaatnya tetapi secara berterusan. Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)...

Sebenarnya, masih banyak lagi jenis-jenis solat sunat yang boleh kita lakukan setiap hari...InsyaAllah...Ana akn kongsi lagi solat sunat yang besar hikmahnya di masa akn dtg....Jadi, mari bersama-sama membuat perubahan secara berhikmah di dalam diri kita dalam berusaha mendekatkan diri kita kpdNya...Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Penerima taubat...Amatlah rugi jika kita tidak mahu menggunakan dan masih leka dgn peluang yg diberiNya...

Semoga Hari esok lebih Baik dari hari ini...sesungguhnya apa yg baik itu datangNya dari Allah SWT...Subhanalllah Wa Bihamdihi....Wallahualam...(^_^)