
Dengan nama Mu Ya Allah...Kau menjadi saksi bahawa diri ini sentiasa mengharap keredhaanMu..mengharap kasih sayangMu..Aku berlindung di dalam keampunanMu dari kemurkaanMu..Segala puji bagiMu Ya Allah..Tuhan sekalian alam...Sesungguhnya tidak terhitung puji-pujian ke atas diriMu...
Alhamdulillah...dengan rahmat Allah dan belas kasihanNya...Ana (nama panggilan saya & nama ganti diri dalam Bahasa Arab) masih lagi mampu menghirup udara yg Allah kurniakan dlm meneruskan hidup yg penuh dengan ujian di dunia ini...Ana sangat-sangat bersyukur ke hadrat Illahi...kerana Dia telah banyak memberi Ana petunjuk dan jalan dalam mencari keredhaanNya..Alhamdulillah..Subhanallah..
Selain itu, Ana juga ingin meluahkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratNya...kerana Dia sentiasa memberi peluang kpd hamba-hambaNya utk melakukan perubahan dlm diri kepada keadaan yang lebih baik...Sesungguhnya..Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...Penerima taubat...Setinggi dan seluas mana pun dosa-dosa yang kita lakukan, jika kita bertaubat dengan seikhlas hati...Dia akan menghapuskan kesemuanya...dan memberi ganjaran SyurgaNya..MasyaAllah..Subhanallah...

Untuk pembukaan kisah di blog Ana ni, Ana ingin memperkenalkan diri a serba sedikit bagi sesiapa yg masih belum mengenali Ana...Tak kenal, maka tak tahu kan...hihihi...
Nama sebenar Ana ialah Siti Rohana Binti Manan..Keluarga, sahabat2 dan kenalan panggil nama 'Ana'..Tapi adik dan anak buah Ana panggil 'Achik'..Sebab Ana ni anak kedua bongsu..dan perempuan yg bongsu..:)
Alhamdulillah, Ana dilahirkan pada tahun 1986 di Bulan Ogos dan 25 haribulan..di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu...Dan Ana mempunyai 7 orang adik-beradik...dan Ana merupakan anak yg ke-6..agak manja la jugak dengan ibunda tercinta...:)

Ibunda Ana yg cantik ni bernama Pn. Hjh Mariam Binti Hj. Omar..Ayahanda pula bernama Hj. Manan Bin Hj. MAt Dun..Tetapi...Kami sekeluarga hanya sempat bersama ayahanda kami sehingga tahun 2003...Beliau telah menghadap Illahi kerana kemalangan kecil di jalan raya...Ketika itu, Ana berada di Tingkatan 5...Al-Fatihah utk beliau......:'(
Yang hidup, perlu meneruskan perjalanan ini...Sentiasa mencari keredhaanNya...Setiap yg berlaku juga ada hikmahNya..
Alhamdulillah, kini Ana mempunyai seorang ayah tiri yg sangat penyayang...Ana sgt rapat dgn beliau..Di kesempatan ini juga, Ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada beliau kerana hadir dlm keluarga kami..dan memberi kasih syg terhadap kami seperti anak-anak kandung beliau..Juga telah membahagiakan ibunda kami...Terima kasih 'pakcik' (panggilan kami terhadap beliau)...Hj.Hamzah....♥
Ana bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini..Pelbagai kisah suka dan duka yang telah kami kongsi bersama...Ana syg dgn sume ahli keluarga Ana...Lebih2 lagi dgn kehadiran 6 orang anak buah (sumenya perempuan) yg comel2, menambah lagi seri di dalam keluarga kami...

" Ya Allah, eratkanlah lagi silaturrahim dalam keluarga kami...agar kami sentiasa mengasihi antara satu sama lain..Lindungilah kami dr melakukan dosa2...perbaiki la agama dan iman di dalam setiap ahli keluarga ini...Kau bantulah kami agar sentiasa berada di landasanMu Ya Allah..dan sentiasa mendekatkan diri kpdMu..Amin..."
No comments:
Post a Comment